Anda adalah pengunjung laman ini yang ke-
|
Laman web ini ditujukan khas kepada guru-guru MRSMJ yang
telah "menyusahkan" kami sehingga menyebabkan kami kekurangan jam
kredit subjek "menyembab".Tapi walau apapun terima kasih yang tidak
terhingga atas jasa kalian semua memajukan anak bangsa
Untuk
paparan & kesan audio yang terbaik, laman web ini amat serasi dengan browser
versi
5.0 (with javascript enabled) sahaja.
Update 4th Januari 2002 Harap Maaf. Website ini masih dalam proses pengemaskinian untuk laporan Reunion 2000 - Webmaster.
Adalah dimaklumkan disini bahawa reunion yang pada mulanya dicadangkan semasa cuti perayaan hari
raya cina tahun 2000 adalah ditunda ke 1 hb Mei 2000 berdasarkan alasan-alasan
berikut:
1. Kesuntukan
masa untuk rakan-rakan untuk menjawab surat pekeliling dan mengisi borang
biodata diri selengkapnya dan menghantar borang yang siap diisi kembali kepada
Pihak penganjur. Pihak penganjur memerlukan maklumat tersebut secara hard
copy agar suatu database lengkap dapat dikemaskinikan. Dari maklumbalas yang
kami terima, kawan-kawan lebih berminat untuk berhubung melalui telefon dan
ini menyukarkan melengahkan kerja penganjur.
2. Ramai
yang tidak dapat meluangkan masa untuk datang pada tarikh yang telah ditetapkan
kerana telah ada program lain.
Oleh
yang demikian, kerjasama anda diperlukan agar reunion 2000 kita ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Announcement untuk meminda tarikh Reunion 2000 dah dibuat…nanti
jangan salahkan penganjur lak …
What about
a re-union?
Suatu Pertemuan Semula
(Re-union) bagi bekasi pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jasin batch '87-'88
akan di anjurkan pada cuti perayaan hari raya cina tahun 1
hb Mei 2000 yang akan datang ini (selepas ini dirujuk sebagai
“Reunion 2000”). Sukacita dimaklumkan agar keseluruhan warga Maktab
MRSMJ Batch '87-'88 dapat memberikan maklumbalas pada kadar segera agar rancangan
pertemuan semula tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ini adalah re-union
kita kali ke-2. Kali pertama dulu telah diadakan di
Nelayan Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 1 Januari 1996 diatas usaha gigih Sdr
Haizal Ismail, Sdri. Siti Najdah Mohd. Noor & Sdri. Neny Endriani Bustamal.
(Credits should be given to them when they are due).
Terima
kasih banyak
kepada mereka kerana rajin2 utk menyusahkan diri untuk kita semua dulu.
Majlis makan malam tersebut boleh dianggap berjaya tapi some of us merasakan
kita boleh buat yang lebih baik lagi. Bagi anda yang tidak mendapat notis
makluman mengenai cadangan Reunion 2000 kita ini, webmaster dengan besar hati melampirkan
perutusan khas Reunion 2000 dan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1420H dari
Sdr Wujedi Hassan, merangkap wakil pihak penganjur Reunion 2000.
Perutusan Khas pihak Penganjur Reunion 2000
Untuk Reunion 2000
kita dan untuk tidak menghampakan those yang tidak dapat hadir masa first
re-union kita dulu, pihak penganjur (muka-muka baru semuanya) telah
mencadangkan agar suatu bentuk perkelahan (overnight stay) diadakan
dimana kesemua ahli keluarga (bagi sesiapa yang sudah berumah tangga sahaja
i.e. Suami/Isteri/anak-anak) dibawa bersama). YANG
MASIH SOLO lagi tu ada
berita baik.... kena datang solo sebab manalah tau lak
nanti pihak penganjur boleh tolong carikan pasangan... ini kena tanya Sdr.
Jamil kita sama ada kita ada peruntukkan. Yang bagusnya ada seorang
hamba Allah yang baru-baru ini telefon dan bertanya sama ada adik ipar
webmaster cun ke tak… nampaknya Sdr. Jamil kita kena cari jugak peruntukkan.
Serious nampaknya. On the same token, kita tak nak le ada batch kita (girls) yg
bila dah tua & rupa pun dah macam dugong pun masih single lagi…No offence
intended.
Basicaly agenda kita
nanti selain dari menjalinkan semula silaturrahim sesama kita & catch up on
apa dah jadi, I suppose that kita boleh work out something on the economic side
collectively. Hopefully, dah tak ada yang buat kerja ambil upah tobek rambut
lagi. Rasa-rasanya kebanyakan dari kita ramai yang dah professionally
qualified, kalau tak pun kira okaylah jugak. Khabarnya ramai yang dah jadi
guru, lecturer, doktor, engineer, ada yg dah jadi pharmacist, accountant, It
Consultant, contractor etc. sana-sini. Khabarnya, yang kerja fly oversea, nun
kat tengah laut cari minyak & jauh kat dalam hutan jaga binatang2 liar pun
ada. Mana yang rajin ponteng prep sebab menyembab pun kira worait jugalah
sekarang ni ye. Rajinlah jugak. Sila click link yang dibawah ini kalau nak
tengok bagaimana “rajinnya”mereka…
Tobek rambut
Muka-muka
rajin
Muka-muka rajin 2
So kawan-kawan - Kita
ada tiga (3) tempat yang dicadangkan:
1. The Olde MRSMJ - tak best
sangat bagi yg dah berkeluarga & ada anak unless korang teringin
& rindu nak jumpa dgn our beloved Cikgu Khairul & Mr Amin
Din (Yep! They are still there!) - tapi kita nak lepak kat mana ye? Anyway, Web
master ada pernah terjumpa dengan Ketua Warden kita, our beloved Ustaz Ishak
Othman about two years ago kat depan bangunan Ibupejabat MARA. Khabarnya Ustaz
Ishak, bekas pengetua kita dulu, Tuan Haji Shariff, sekarang ini bertugas di
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, KL. Itu belum campur dengan Kak Odah &
Pn Maimun yg kini bertugas di Bangunan MARA.
Gambar kenangan En.
Khairul & Mr Amin bersama webmaster
Gambar kenangan Ustaz Ishak bersama webmaster dan sdr Syed
Mokhzar
2. Resort
tepi laut - Webmaster mencadangkan agar perkelahan di
buat somewhere kat Melaka - Kuala Sungai Baru di Daerah Alor Gajah ada banyak
chalet murah2 dan kira okaylah jugak - boleh makan Seafood yg harganya murah
sikit dari apa yg ada kat Serkam or Pengkalan Pulau Besar &
petang-petang boleh the kita main Volleyball or in the alternative, kalau korang
dah kaya sangat buat duit - A-Farmosa WaterWorld.
3. Panjat
gunung - Suzanna Abd Wahab mencadangkan trip ke
Genting Highlands - Takut member2 yg lain tak larat nak pergi aje!
4. Paling
koman pun kita buat Jamuan makan Malam
– overnight stay apadia macam ni. Anyway kalau teruk sangat, Amacam kalau kita
buat kat Hard Rock Cafe?
Cadangan tak ditutup
sampai kat sini je - so kalau ada apa-apa suggestion lain, we are all ears to
listen. Pihak penganjur sangat-sangat berbesar hati apalah
kiranya sekiranya kawan-kawan "menderma" sikit untuk
projek kita ni sebeberapa yang mampu. Ini pun kena undi jugak. Rancangan sedang
dibuat untuk mendapatkan "subsidi" sikit dari ANSARA.
Bagi sesiapa yang tak kenal apa itu ANSARA please pay a visit to Ansara
homepage i.e. www.ansara.org. For that
purpose, kita kenalah jemput Presiden Ansara datang bagi sepatah dua kata &
kutuk dan lepas tu kita kenalah beramai-ramai masuk isi borang jadi ahli
Ansara.
No offence to Abg
President Ansara kita ni tapi dari apa yg dimaklumkan, Keahlian
Ansara bukan lagi khusus untuk ex-MRSM sahaja tetapi sekarang ini terbuka
kepada sesiapa yang berminat nak join - sebabnya -
kekurangan tenaga pelapis. Hah! itulah... ada peluang masa keahlian ekslusif
dulu tak jadi ahli - jadi ambil lah peluang keemasan ini cepat. Web master
percaya bukannya ex-MRSM semuanya tak berminat or takde good organisational
skills - tapi mungkin "lost contact" dgn kawan-kawan bila dah
berkerja. Therefore, pihak penganjur berhasrat untuk mengedarkan borang
keahlian Ansara masa reunion yang kita nak buat ni. Bolehkan?
So - kawan-kawan,
apa kata kita buat undian melalui web page ini. Keputusan undian akan
menentukan tempat mana kita nak lepak nanti & whatever we vote will effect
berapa sen korang semua kena bayar for food and lodging. Keputusan undian
akan dimaklumkan melalui web page ini pada 1 hb Mac 2000,
Insya Allah.
Senarai alamat terbaru ex-MRSMJ ’87-‘88
Isi Borang
Undian
|
To be fair to
everyone - nanti korang kutuk pulak... sapa-sapa dari kelas selain Kelas J
batch 87-88 tolonglah submit gambar kelas depa to my e-mail address. Kalau susah
sangat nak scan gambar post je. My snail mail address akan diberikan in
return to your e-mails. Sekianlah sahaja & majulah sukan untuk
negara.Wassalam. |
Untuk memudahkan
warga ex-MRSMJ 1987-1988 berkomunikasi, webmaster telah mendaftarkan suatu
ruangan khas berbentuk newsgroup di e-circles.com dibawah tajuk “Warung MRSMJ
Batch 1987-1988”. Untuk menjadi ahli, e-mail anda diperlukan kerana keahlian
hanya “on invitation basis”. Harap maklum.