Logo MRSM

Selamat Datang ke Laman MRSM Jasin Batch 87-88

Anda adalah pengunjung laman ini yang ke-

---

Laman web ini ditujukan khas kepada guru-guru MRSMJ yang telah "menyusahkan" kami sehingga menyebabkan kami kekurangan jam kredit subjek "menyembab".Tapi walau apapun terima kasih yang tidak terhingga atas jasa kalian semua memajukan anak bangsa

---

Gambar Kenangan 5J 1988

Pengumuman Penting:

Untuk paparan & kesan audio yang terbaik, laman web ini amat serasi dengan browser  versi 5.0 (with javascript enabled) sahaja.

Update 4th Januari 2002 Harap Maaf. Website ini masih dalam proses pengemaskinian untuk laporan Reunion 2000 - Webmaster.

Adalah dimaklumkan disini bahawa reunion yang pada mulanya dicadangkan semasa cuti perayaan hari raya cina tahun 2000 adalah ditunda ke 1 hb Mei 2000 berdasarkan alasan-alasan berikut:

1.    Kesuntukan masa untuk rakan-rakan untuk menjawab surat pekeliling dan mengisi borang biodata diri selengkapnya dan menghantar borang yang siap diisi kembali kepada Pihak penganjur. Pihak penganjur memerlukan maklumat tersebut secara hard copy agar suatu database lengkap dapat dikemaskinikan. Dari maklumbalas yang kami terima, kawan-kawan lebih berminat untuk berhubung melalui telefon dan ini menyukarkan melengahkan kerja penganjur.

2.    Ramai yang tidak dapat meluangkan masa untuk datang pada tarikh yang telah ditetapkan kerana telah ada program lain.

Oleh yang demikian, kerjasama anda diperlukan agar reunion 2000 kita ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Announcement untuk meminda tarikh Reunion 2000 dah dibuat…nanti jangan salahkan penganjur lak …

What about a re-union?

Suatu Pertemuan Semula (Re-union) bagi bekasi pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jasin batch '87-'88 akan di anjurkan pada cuti perayaan hari raya cina tahun 1 hb Mei 2000 yang akan datang ini (selepas ini dirujuk sebagai “Reunion 2000”). Sukacita dimaklumkan agar keseluruhan warga Maktab MRSMJ Batch '87-'88 dapat memberikan maklumbalas pada kadar segera agar rancangan pertemuan semula tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ini adalah re-union kita kali ke-2.  Kali pertama dulu telah diadakan di Nelayan Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 1 Januari 1996 diatas usaha gigih Sdr Haizal Ismail, Sdri. Siti Najdah Mohd. Noor & Sdri. Neny Endriani Bustamal. (Credits should be given to them when they are due). Terima kasih banyak kepada mereka kerana rajin2 utk menyusahkan diri untuk kita semua dulu.  Majlis makan malam tersebut boleh dianggap berjaya tapi some of us merasakan kita boleh buat yang lebih baik lagi. Bagi anda yang tidak mendapat notis makluman mengenai cadangan Reunion 2000 kita ini, webmaster dengan besar hati melampirkan perutusan khas Reunion 2000 dan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1420H dari Sdr Wujedi Hassan, merangkap wakil pihak penganjur Reunion 2000.

Perutusan Khas pihak Penganjur Reunion 2000

Untuk Reunion 2000 kita dan untuk tidak menghampakan those yang tidak dapat hadir masa first re-union kita dulu, pihak penganjur (muka-muka baru semuanya) telah mencadangkan agar suatu bentuk perkelahan (overnight stay) diadakan dimana kesemua ahli keluarga (bagi sesiapa yang sudah berumah tangga sahaja i.e. Suami/Isteri/anak-anak) dibawa bersama). YANG  MASIH  SOLO  lagi tu  ada berita baik.... kena datang solo sebab manalah tau lak nanti pihak penganjur boleh tolong carikan pasangan... ini kena tanya Sdr. Jamil kita sama ada kita ada peruntukkan. Yang bagusnya ada seorang hamba Allah yang baru-baru ini telefon dan bertanya sama ada adik ipar webmaster cun ke tak… nampaknya Sdr. Jamil kita kena cari jugak peruntukkan. Serious nampaknya. On the same token, kita tak nak le ada batch kita (girls) yg bila dah tua & rupa pun dah macam dugong pun masih single lagi…No offence intended.



Basicaly agenda kita nanti selain dari menjalinkan semula silaturrahim sesama kita & catch up on apa dah jadi, I suppose that kita boleh work out something on the economic side collectively. Hopefully, dah tak ada yang buat kerja ambil upah tobek rambut lagi. Rasa-rasanya kebanyakan dari kita ramai yang dah professionally qualified, kalau tak pun kira okaylah jugak. Khabarnya ramai yang dah jadi guru, lecturer, doktor, engineer, ada yg dah jadi pharmacist, accountant, It Consultant, contractor etc. sana-sini. Khabarnya, yang kerja fly oversea, nun kat tengah laut cari minyak & jauh kat dalam hutan jaga binatang2 liar pun ada. Mana yang rajin  ponteng prep sebab menyembab pun kira worait jugalah sekarang ni ye. Rajinlah jugak. Sila click link yang dibawah ini kalau nak tengok bagaimana “rajinnya”mereka…

Tobek rambut
Muka-muka rajin
Muka-muka rajin 2

So kawan-kawan - Kita ada tiga (3) tempat yang dicadangkan:

1. The Olde MRSMJ - tak best sangat bagi yg dah berkeluarga & ada anak  unless korang teringin & rindu nak jumpa dgn our   beloved Cikgu Khairul & Mr Amin Din (Yep! They are still there!) - tapi kita nak lepak kat mana ye? Anyway, Web master ada pernah terjumpa dengan Ketua Warden kita, our beloved Ustaz Ishak Othman about two years ago kat depan bangunan Ibupejabat MARA. Khabarnya Ustaz Ishak, bekas pengetua kita dulu, Tuan Haji Shariff, sekarang ini bertugas di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, KL. Itu belum campur dengan Kak Odah & Pn Maimun yg kini bertugas di Bangunan MARA.

      Gambar kenangan En. Khairul & Mr Amin bersama webmaster
     Gambar kenangan Ustaz Ishak bersama webmaster dan sdr Syed Mokhzar

2.    Resort tepi laut - Webmaster mencadangkan agar perkelahan di buat somewhere kat Melaka - Kuala Sungai Baru di Daerah Alor Gajah ada banyak chalet murah2 dan kira okaylah jugak - boleh makan Seafood yg harganya murah sikit dari apa yg ada kat Serkam or  Pengkalan Pulau Besar & petang-petang boleh the kita main Volleyball or in the alternative, kalau korang dah kaya sangat buat duit - A-Farmosa WaterWorld.

3.    Panjat gunung - Suzanna Abd Wahab mencadangkan trip ke Genting Highlands - Takut member2 yg lain tak larat nak pergi aje!

4.    Paling koman pun kita buat Jamuan makan Malam – overnight stay apadia macam ni. Anyway kalau teruk sangat, Amacam kalau kita buat kat Hard Rock Cafe?

Cadangan tak ditutup sampai kat sini je - so kalau ada apa-apa suggestion lain, we are all ears to listen. Pihak penganjur sangat-sangat berbesar hati apalah kiranya sekiranya kawan-kawan   "menderma" sikit untuk projek kita ni sebeberapa yang mampu. Ini pun kena undi jugak. Rancangan sedang dibuat untuk mendapatkan "subsidi" sikit dari ANSARA. Bagi sesiapa yang tak kenal apa itu ANSARA please pay a visit to Ansara homepage i.e. www.ansara.org. For that purpose, kita kenalah jemput Presiden Ansara datang bagi sepatah dua kata & kutuk dan lepas tu kita kenalah beramai-ramai masuk isi borang jadi ahli Ansara.

No offence to Abg President Ansara kita ni tapi dari apa yg dimaklumkan, Keahlian Ansara bukan lagi khusus untuk ex-MRSM sahaja tetapi sekarang ini terbuka kepada sesiapa yang berminat nak join - sebabnya - kekurangan tenaga pelapis. Hah! itulah... ada peluang masa keahlian ekslusif dulu tak jadi ahli - jadi ambil lah peluang keemasan ini cepat. Web master percaya bukannya ex-MRSM semuanya tak berminat or takde good organisational skills - tapi mungkin "lost contact" dgn kawan-kawan bila dah berkerja.  Therefore, pihak penganjur berhasrat untuk mengedarkan borang keahlian Ansara masa reunion yang kita nak buat ni. Bolehkan?

So - kawan-kawan, apa kata kita buat undian melalui web page ini.  Keputusan undian akan menentukan tempat mana kita nak lepak nanti & whatever we vote will effect berapa sen korang semua kena bayar for food and lodging.  Keputusan undian akan dimaklumkan melalui web page ini pada 1 hb Mac 2000, Insya Allah.

Buku Pelawat

Photo Gallery ’87-‘88


Senarai alamat terbaru ex-MRSMJ ’87-‘88


Isi Borang Undian

Kenangan Mengusik Jiwa - Wanted List 5J 1988
Copyright Zaws 1988

Pengumuman Kurang Penting!!!

To be fair to everyone - nanti korang kutuk pulak... sapa-sapa dari kelas selain Kelas J batch 87-88 tolonglah submit gambar kelas depa to my e-mail address. Kalau susah sangat nak scan gambar post je. My snail mail address akan diberikan in return to your e-mails. Sekianlah sahaja & majulah sukan untuk negara.Wassalam. 

Profail web master

 

Untuk memudahkan warga ex-MRSMJ 1987-1988 berkomunikasi, webmaster telah mendaftarkan suatu ruangan khas berbentuk newsgroup di e-circles.com dibawah tajuk “Warung MRSMJ Batch 1987-1988”. Untuk menjadi ahli, e-mail anda diperlukan kerana keahlian hanya “on invitation basis”. Harap maklum.